Tuesday, June 26, 2012

Apa Itu Burnout?

Burnout merupakan hasil daripada stress seseorang yang berpanjangan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan BURNOUT, di bawah ini terdapat beberapa definisi yang diperoleh daripada kamus serta beberapa orang tokoh;

  • An emotional condition marked by tiredness, loss of interest, or frustration that interferes with job performance. Burnout is usually regarded as the result of prolonged stress. (Gale Encyclopedia of Medicine: 2008)
  • A loss of idealism and enthusiasm for work (Matheny, Gfroerer, Chris: 2000) 
  • Satu sindrom yang progresif yang terjadi akibat permintaan yang berterusan untuk berjaya. (Henry R. Kovach: 1997)


RUJUKAN 
Wood, Teri-McCarthy, Chris (2002). Understanding and Preventing Teacher Burnout. Washington DC: ERIC Clearinghouse on Teaching and Teacher Education. Dalam talian  http://www.ericdigests.org/2004-1/burnout.htm (24 Julai 2012)

Gejala mereka yang Stres...


Senarai di bawah menunjukkan gejala atau tanda-tanda mereka yang mengalami stres:
  • Jantung berdegup kencang
  • Cepat marah
  • Rasa tidak gembira
  • Hilang minat terhadap kerja
  • Tidak cukup kerja
  • Suka menengking
  • Cuba jauhkan diri
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 


marah
Tiada selera makan








Monday, June 25, 2012

Faktor-Faktor yang Menyumbang Kepada Punca Berlakunya Stres dan Kesan-Kesan Stress



Mohd Zaki Harun dalam laman bloggernya telah membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan punca stres dalam artikel yang bertajuk Stres: Kenali Punca-Puncanya. Senarai dibawah merupakan rumusan punca-punca stres kepada seseorang individu:

  • Personaliti
  • Harapan dan cita-cita terlalu tinggi
  • Mengidap penyakit fizikal
  • Keadaan di rumah
  • Keadaan di tempat kerja/ sekolah



RUJUKAN

  • Chang Fui Chin.(     ). Stress di kalangan Pentadbir Sekolah Menengah di Bandar Georgetown, Pulau Pinang. Universiti Utara Malaysia. Dalam talian http://etd.uum.edu.my/832/1/Chang_Fui_Chin.pdf . (17 Julai 2012).
  • Kementerian Kesihatan Malaysia. (  ). Information for workers: Handling Stress Among Workers. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu STRES?

   

Stres berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'STRESS'yang merujuk kepada tekanan. Dalam konteks yang ingin dibincangkan, stres ataupun tekanan emosi ini bukan sahaja dalam kalangan individu biasa tetapi juga berluka dalam kalangan guru. Stres dapat dilihat melalui perlakuan guru itu sewaktu mengajar, percakapan serta melalui bahasa bukan lisan. Sebagai seorang guru yang juga merupakan sebagai seorang manusia biasa juga tidak pernah lari daripada menghadapi stres ataupun tekanan emosi dalam kehidupan. Namun, persoalan yang timbul di sini ialah, bagaimanakah kita menangani masalah tekanan emosi ini agar tidak mengganggu prestasi kita sebagai seorang pendidik? 

DEFINISI

Pelbagai definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh berkenaan dengan tekanan perasaan ataupun stres. Antaranya ialah;
a. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan 
“suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) - dipetik daripada http://drdanial.faithweb.com/stress.htm 

b. Ahli psikologi Islam seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung:
tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hati manusia tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga dikaitkan dengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak.
- dipetik daripada Fariza Md. Sham dalam tesisnya yang bertajuk Tekanan Emosi Remaja Islam



Jom Kongsi Maklumat.

Blog ini telah dibina bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan isu tekanan emosi dalam kalangan guru yang sering berlaku pada masa kini. Isu ini juga merupakan salah satu topik yang perlu dipelajari oleh para guru pelatih khususnya bagi mereka yang berada di semester 8 bagi mata pelajaran EDU 3109 iaitu guru dan cabaran semasa. Segala pandangan anda sangat-sangat dialukan bagi ruangan ini.