Wednesday, August 1, 2012

Cara Mengatasi BURNOUT di kalangan Guru

'Mencegah itu lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit'


Berikut merupakan antara cara ataupun langkah mengatasi BURNOUT dalam kalangan guru;

  • Latihan atau sesi pengenduran dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi (meningkatkan tahap kesedaran pemikiran dari rendah kepada yang lebih baik), membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal
  • Program pementoran untuk guru novis
  • Mengadakan intervensi di sekolah oleh pihak pentadbir sekolah
    1. Aktiviti perkembangan profesional guru
    2. Latihan rekreasi
    3. Bengkel menguruskan stres dan masa
    4. Latihan pemakanan
    5. Senaman
    6. Persekitaran sekolah
  • Meningkatkan kecerdasan emosi dan mewujudkan suasana kerja yang kondusif


Tanda-tanda dan Simptom Guru Yang BURNOUT

Terdapat tiga tanda yang boleh dilihat dalam mengenal pasti guru yang mengalami BURNOUT dari aspek;
  1. Fizikal
  2. Emosi
  3. Tingkah laku


1. FIZIKAL
  • Rasa keletihan pada sepanjang masa
  • Imuniti rendah
  • Perubahan semasa tidur dan pemakanan
  • Sakit belakang dan otot


2. EMOSI
  • Rasa kegagalan dan keraguan kendiri
  • Kurang bermotivasi
  • Tidak berupaya/ bermaya
  • Kurang berpuas hati
  • Asingkan diri
  • Imej semakin negatif dan sinis

3. TINGKAH LAKU
  • Mengundur diri dari tanggungjawab
  • Asingkan diri daripada orang lain
  • Menangguhkan tugas dan mengambil masa panjang untuk menyempurnakannya.
  • Menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah
  • Mengalihkan kekecewaan kepada orang lain dan mengabaikan tugas
  • Datang bertugas lewat tetapi balik awal.