TAJUK EDU 3019 & SOALAN KKBI

                 SENARAI TAJUK EDU 3109 (SEMESTER 8)
GURU DAN CABARAN SEMASA 

Tajuk
Kandungan
Jam
1.
Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa
·         Integrasi nasional
·         Pendemokrasian pendidikan
·         Tonggak pendidikan UNESCO
·         Globalisasi dalam pendidikan
·         Kepelbagaian budaya
·         Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·         Gejala sosial
12
2.

Guru Dan Perundangan
·         Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
·         Akta Pendidikan 1996
5
3.
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid
·         Tanda-tanda awal gangguan emosi
·         Langkah-langkah menangani gangguan emosi
·         Hak asasi kanak-kanak
7
4.
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
·         Stres
·         Burn out
·         Langkah-langkah pengurusan tekanan emosi
7

5.
Inovasi Dan Perubahan Dalam Pendidikan
·         Strategi pengajaran inovatif
·         Penggunaan teknologi dalam pengajaran
·         Perkembangan persekitaran pembelajaran
·         Reka bentuk resos
·         Reka bentuk pentaksiran dan penilaian
8
6.
Pengurusan Inovasi Dan Perubahan  Pendidikan
·     Strategi pengurusan inovasi dan perubahan
·     Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan
·     Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia

6

JUMLAH
45






 KERJA KURSUS SEM 8 2012
PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2009

Nama Pelajar : _________________________________ No. K.P : _____________________
Angka Giliran : _________________________________ Semester : 2/2012


Tugasan : (Pemerolehan Ilmu, Penguasaan Ilmu dan Kemahiran)
Transformasi pendidikan seharusnya berterusan supaya sistem pendidikan negara sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Justeru itu, dengan perlaksanaan pelbagai reformasi khususnya inovasi dan perubahan dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Guru perlu melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di samping berdepan dengan masalah tekanan emosi murid. Ini bermakna guru perlu terus belajar untuk melaksanakan tugas yang kompleks secara professional.

Berdasarkan pernyataan di atas:
Bahagian A (Individu) - Pemerolehan Ilmu dan Penguasaan Ilmu
Tuliskan satu refleksi yang analitikal berkaitan tekanan emosi dalam kalangan murid berdasarkan pengalaman anda melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran semasa menjalani praktikum di sekolah.
i. Kenal pasti jenis-jenis gangguan emosi yang dialami oleh murid anda.
ii. Analisis punca-punca gangguan emosi dalam kalangan murid tersebut.
iii. Bagaimanakah anda membantu menangani masalah gangguan emosi tersebut.
(50 MARKAH)

Bahagian B (Individu) - Penguasaan Ilmu dan Kemahiran
Penggunaan ’blog’ merupakan salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif untuk menarik minat murid memberikan penumpuan dalam proses p&p. Hasilkan satu ’blog’ yang menarik berdasarkan mata pelajaran yang anda ajar. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid.
(50 MARKAH)

Arahan Tugasan :
1. Tugasan Bahagian A dan B hendaklah dilaksanakan hendaklah dilaksanakan secara individu.
2. Kerja kursus ini berbentuk penulisan refleksi dan pembinaaan blog guru dan cabaran semasa tersebut.
3. Penulisan Bahagian A berbentuk penulisan refleksi yang analitikal dan tidak melebihi lima (5) muka surat dan bertaip dengan menggunakan font Arial saiz 11, langkau satu setengah baris, rujukan mengikut format APA dan lampiran berkaitan
4. Pembentangan tugasan Bahagian B, pembinaan blog anda tidak melebihi 15 minit.
5. Semua sumber bahan/rujukan perlu disertakan dan dihantar dalam bentuk ”soft” dan ”hard” copy.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Rujuk kepada edisi pelajar semasa menyiapkan tugasan anda.
8. Tarikh serahan : 10 September 2012
9. Bahagian Kulit Luar Kerja Kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Mata Pelajaran
vi. Nama Pensyarah Kursus
vii. Tarikh Serah
10. Markah Penuh Tugasan : 100 markah
11. Markah Wajaran : 50%

No comments:

Post a Comment