ISU SEMASA GURU DAN CABARAN


Murid pecah gegendang telinga ditampar guru
06:08:21 AM Cetak Emel Kawan
KODIANG: Seorang murid Tahun Lima sekolah rendah di sini, berkemungkinan pekak selepas telinga kirinya ditampar seorang guru lelaki hingga menyebabkan gegendangnya pecah, Khamis lalu.

Selain pecah gegendang telinga, mangsa, Mohd Khairil Azry Zulkifli, 11, turut mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas ditampar guru lelaki berusia 40-an dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, di sini.
Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas itu, termasuk Mohd Khairil berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama guru lelaki terbabit.

Difahamkan tindakan Mohd Khairil memasuki kelas itu bersama tiga rakannya ketika guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan mengundang kemarahannya.

Berikutan itu, guru terbabit memarahi Mohd Khairil serta tiga murid lain sebelum menampar keempat-empat mereka. Seorang daripada mereka turut cedera ditampar.

Bapa mangsa, Zulkifli Romli, 45, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Che Waqi Baharom, 45, memberitahu ada kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit telinga.

“Isteri memaklumkan selepas balik ke rumah pada jam 1.30 tengah hari, anak saya tidak seperti biasa dan terus tidur sebelum mengadu sakit telinga. Saya mendesak dia memberitahu perkara sebenar sebelum mengetahui dia ditampar gurunya.
“Kami kemudian ke sebuah klinik di Arau, Perlis sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar pada jam 9 malam.

“Anak saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang kemudiannya mengesahkan gegendang telinga kirinya pecah, malah pemeriksaan juga menunjukkan anak saya mengalami masalah pendengaran,” katanya ketika ditemui semalam. 


Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM
05:07:57 AM Cetak Emel Kawan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kes murid sekolah agama dibelasah guru sehingga mati adalah jenayah serius dan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun sekolah agama itu di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran, perbuatan guru terbabit tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh soal keselamatan murid.
“Sebagai Menteri Pelajaran, saya memandang berat kes ini sama ada sekolah itu dalam sistem pendidikan atau di luar. Kes mendera sehingga maut pelajar kecil adalah satu tindakan jenayah dan pihak berkuasa perlu menyiasatnya.

"Pihak sekolah perlu sedar apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah untuk memberi perhatian mengenai keselamatan mereka," katanya.

Beliau mengulas kejadian kes murid Tahun Satu sebuah sekolah agama persendirian di Perlis, Saiful Syazani Saiful Sapfidee, 7, yang meninggal dunia, kelmarin selepas tiga hari koma akibat dibelasah gurunya.

Mangsa yang juga anak yatim, menghembuskan nafas terakhir jam 8.30 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian yang berlaku di bilik asrama sekolah agama itu, Khamis lalu.

Mangsa diikat kedua belah tangan sebelum ditambat di tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, kementerian akan meneliti cara terbaik untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak yang mahu penggunaan Bahasa Inggeris diteruskan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik serta Sains.

Di KUANTAN, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta polis melakukan siasatan menyeluruh seberapa segera berhubung kematian murid itu.

Di KANGAR, empat rakan sekelas Saiful Syazani, beberapa guru dan pengetua sekolah itu dipanggil polis untuk membantu siasatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya mengambil keterangan empat murid terbabit yang mendakwa wang mereka dicuri mangsa.

"Kita menunggu laporan bedah siasat. Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya mengesahkan polis akan memohon untuk menyambung reman 10 hari lagi terhadap yang juga guru dan warden sekolah agama itu yang berakhir hari ini.

Terdahulu, Pergerakan Wanita dan Puteri Umno Perlis yang diketuai Rela Ahmad dan Asmaiza Ahmad menziarah keluarga angkat mangsa, Mohd Zamri Shafie, 40 dan isterinya Hazirah Chin, 38, di rumah mereka di Jejawi Hutan Buluh, dekat sini.

Mohd Zamri berkata, beliau menjaga mangsa sejak berusia dua tahun selepas kematian ibu.

"Masih terngiang di telinga saya suara azan yang selalu dilaungkan arwah setiap kali tiba waktu solat. Suaranya yang lunak ketika melaungkan azan di surau sekolah didengari kami sekeluarga memandangkan rumah kami berhampiran sekolah," katanya.

Beliau mengakui Saiful agak nakal tetapi guru sepatutnya ada pendekatan untuk mengawal, murid bukannya bertindak tanpa berperikemanusiaan.



 
Ilmu tanpa amal ibarat sebiji epal yang cantik di luar tetapi jika dimakan, tiada manisnya.
                                                                           
Bottom of Form
ISU SEMASA : SAHSIAH GURU
Tajuk :
Guru Sunyi Noda Pelajar
Oleh :
Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.
Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.
Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.
“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.


Bottom of Form
Guru ponteng isu serius
by JAINUDIN NASIR jainudin5709@gmail.com. Posted on December 24, 2011, Saturday
RANAU: Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran memandang serius isu ketidakhadiran guru di sekolah,  tegas Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin.
Beliau berkata hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.
“Pihak kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) berasa kesal dan memandang serius tentang ketidakhadiran guru ke sekolah,” katanya ketika ditemui di SMK Ranau, di sini.
Muhiddin menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.
“Dengan itu, juga difikirkan keperluan untuk JPNS mewujudkan satu lagi program iaitu Program AKUN yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012-2016.
“Ia bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir,” katanya.
Menurut Muhiddin lagi, program itu yang bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan.
Beliau memaklumkan e-Hadir dan e-Cerap membolehkan pemantauan kehadiran guru dan anggota kakitangan sokongan serta pelaksanaan proses pencerapan dilakukan secara online.
Sementara pemantauan bersepadu dan silang akan dapat menyelia pelbagai elemen di luar bidang masing-masing untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan termasuk ruang dan peluang kepada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) memantau semua sekolah di bawah kawalan masing-masing melalui pendekatan antara zon dan sekolah.
Dengan tema ‘Transformasi Sikap Ke Arah Integriti’, katanya, program itu menyediakan ruang bagi kakitangan Jabatan Pelajaran untuk mentransformasikan sikap ke arah lebih bertanggungjawab, komited dan berintegriti.
“Program AKUN ini juga tentunya memberi ruang dan peluang kepada pentadbir di sekolah dan PPD memberi khidmat serta bimbingan dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif,” jelas Muhiddin dan mengharapkan kepada semua warga pendidikan supaya membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan kopetensi dalam pengajaran di dalam kelas kerana setiap orang akan dipantau, seterusnya mampu menangani isu ketidakhadiran guru di sekolah.
Beliau juga mengharapkan supaya enam impak Program AKUN akan dapat dicapai dengan cemerlang iaitu Keputusan Peperiksaan Awam Meningkat, Kos Tenaga, Masa dan Wang Dapat Dioptimumkan, Semua Sekolah Dapat Dipantau Dalam Jangka Masa Setahun, Peningkatan Kualiti P&P Guru, Masalah Ketidakhadiran Guru/AKS Dapat Dikurangkan dan Amalan Budaya Kerja AKUN Diterapkan.
Ia berlandaskan 5M fungsi utamanya yakni Melatih, Membimbing, Memantau, Menilai dan Menambahbaik melibatkan empat tenaga bersepadu JPNS/Sektor, PPD, Pengetua/Guru Besar dan Guru.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Maimunah Suhaibul, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Raisin Saidin bersama ratusan pegawai daripada JPNS, para PPD seluruh Sabah, pengetua, guru besar dan warga pendidikan daerah Ranau.



No comments:

Post a Comment