Monday, June 25, 2012

Apa itu STRES?

   

Stres berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'STRESS'yang merujuk kepada tekanan. Dalam konteks yang ingin dibincangkan, stres ataupun tekanan emosi ini bukan sahaja dalam kalangan individu biasa tetapi juga berluka dalam kalangan guru. Stres dapat dilihat melalui perlakuan guru itu sewaktu mengajar, percakapan serta melalui bahasa bukan lisan. Sebagai seorang guru yang juga merupakan sebagai seorang manusia biasa juga tidak pernah lari daripada menghadapi stres ataupun tekanan emosi dalam kehidupan. Namun, persoalan yang timbul di sini ialah, bagaimanakah kita menangani masalah tekanan emosi ini agar tidak mengganggu prestasi kita sebagai seorang pendidik? 

DEFINISI

Pelbagai definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh berkenaan dengan tekanan perasaan ataupun stres. Antaranya ialah;
a. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan 
“suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) - dipetik daripada http://drdanial.faithweb.com/stress.htm 

b. Ahli psikologi Islam seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung:
tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hati manusia tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga dikaitkan dengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak.
- dipetik daripada Fariza Md. Sham dalam tesisnya yang bertajuk Tekanan Emosi Remaja Islam



No comments:

Post a Comment