Tuesday, July 31, 2012

Apa yang anda harus lakukan apabila anda MARAH dan STRES?

Kebanyakan individu terutamanya guru mudah cepat melenting atau naik darah (dalam erti kata lain marah) apabila murid tidak mengikuti pelajaran yang disampaikan. Berdasarkan pengalaman yang dilalui, apabila kita berkeadaan marah, fikiran kita pada ketika ini adalah kurang rasional. Oleh sebab itu, sebagai seorang yang muslim (bagi mereka yang beragama ISLAM) pada waktu ini, lebih baik jika kita menyisihkan diri daripada keadaan yang sulit itu lalu mengambil wuduk. Membaca al-quran mampu menenangkan diri agar menjadi kembali rasional dan menyingkirkan emosi amarah kita.  Doa diperolehi daripada www.ohjob.info untuk kita amalkan sebelum dan setelah tugas dilakukan.


Langkah-langkah di bawah juga menerangkan cara untuk kita menangani keadaan sewaktu kita marah.
Selan itu juga, anda juga boleh mencuba langkah di bawah dalam menangani stres anda,

Monday, July 23, 2012

PerSaMaan Dan Perbezaan antara STRESS dan BURNOUT



Berdasarkan rajah di atas, persamaan di antara stress dan burnout dapat dilihat melalui dari aspek gejala orang yang mengalami stres atau burrnout. Gejala individu atau guru yang berhadapan dengan stres atau burnout ini dapat dilihat melalui perilaku yang berikut (c.f, Brown &Ralph, 1998; Hinton & Rotheiler, 1998; Kyriacou, 2001; Troman & Woods, 2001) :

  • Berasa seperti tidak mahu bekerja atau kehilangan hari
  • Bermasalah dalam memberi tumpuan terhadap kerja yang dilakukan
  • Berhadapan dengan masalah insomnia, ketidakhadaman, pening kepala dan jantung berdegup kencang.
  • Mempunyai perasaan kerengsaan berkenaan dengan sekolah.
  • Menarik diri daripada rakan-rakan atau berhubungan dalam hubungan konflik dengan rakan sekerja
  • Hilang upaya dan ketidakupayaan untuk berfungsi secara profesional dalam keadaan yang teruk
  • Berasa kagum dengan beban kerja dan mempunyai rasa berkaitan kekurangan tugas yang diberikan kepada mereka
Persamaan antara STRES dan BURNOUT juga adalah dari aspek jenisnya iaitu kedua-duanya adalah tergolong dalam kesihatan mental individu. Oleh sebab itu, faktor yang menyumbang kepada punca berlakunya STRES dan BURNOUT adalah hampir sama. Rajah di bawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi STRES dan BURNOUT secara umumnya.



RUJUKAN

  1. Jolen , Supian (2001) Tekanan (stress) dan burnout di kalangan pensyarah politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dalam talian http://eprints.uthm.edu.my/774/1/24_Pages_from_TEKANAN_(STRESS)_DAN_BURNOUT_DIKALANGAN_PENSYARAH_POLITEKNIK.pdf (24 Julai 2012)
  2. Melinda Smith, M.A., Jeanne Segal, Ph.D., and Robert Segal, M.A. (2012). Preventing Burnout: Signs, Symptoms, Causes, and Coping Strategies. Dalam talian http://www.helpguide.org/mental/burnout_signs_symptoms.htm (10 Julai 2012)
  3. Wood, Teri-McCarthy, Chris. (2002). Understanding and Preventing Teacher Burnout. Washington DC: ERIC Clearinghouse on Teaching and Teacher Education. Dalam talian 

Monday, July 16, 2012

cara menangani stress di tempat kerja




Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh kita dalam menangani gejala stress terutamanya bagi mereka yang berada di sekolah. Berikut merupakan 6 aktiviti yang dapat dilakukan dalam menangani stress mengikut anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia:
  1. Selalu bersenam dengan menyertai aktiviti fizikal seperti senamrobik yang diadakan di sekolah.
  2. Belajar untuk beristirehat.
  3. Makan secara sihat 
  4. Tidur dengan secukupnya.
  5. Jangan merokok atau minum minuman keras.
  6. Dapatkan nasihat pakar jika anda tidak berupaya menghadapi masalah.
Selain itu juga, kita juga digalakkan untuk mengamalkan 10B iaitu;

  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata: Relakslah
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam 
  10. Berfikiran positif


Video dibawah menerangkan berkenaan dengan punca, kesan dan cara terbaik untuk menangani stres oleh Prof Izzi yang diperoleh dari sumber laman sesawang YOUTUBE yang disumbangkan oleh http://alamonline.net/blog .


Video seterusnya pula telah dimuatturunkan oleh pihak MyHEALTHKKM berkenaan cara mengawal stres.



RUJUKAN
Hospital Raja Permaisuri Bainun (2011). Risalah Menangani Stress.  Dalam talian  http://hipoh.moh.gov.my/v2/index.php/artikel-stress/248-risalah-menangani-tekanan-stress (17 Julai 2012)